Bismillahirrahmanirrahim,
syukur kehadrat Ilahi kerana kami dapat meneruskan Projek Akhir kami ini.
Projek ini merupakan sambungan kepada Project Proposal semester lepas.
Projek yang kami buat ialah Ampaian Automatik.
Ampaian yang biasa kita lihat ialah ampaian beroda, ampaian lekat didinding dan ada juga ampaian buatan sendiri.
|
Ampaian Troli |
|
Ampaian lekat didinding |
|
Ampaian buatan sendiri |
|
|
|
Projek yang kami buat ini merupakan projek yang diupgradekan lagi, ini kerana pada zaman moden sekarang kebanyakan individu sibuk dengan kerja. Jadi mereka tiada masa untuk menguruskan hal - hal berkaitan rumah, tidak kira bujang atau pun yang sudah berkahwin.
Oleh yang demikian, kami berbincang dengan ahli kumpulan untuk membuat ampaian automatik yang dilengkapi dengan sistem sensor.
Kami berharap projek yang kami lakukan ini dapat memberi kesenangan kepada individu yang mengunakan ampaian automatik kami ini. Disamping dapat menyempurnakan Projek Akhir kami ini.