Wednesday, 4 June 2014

KAJIAN TERHADAP PROJEK

Setelah kajian dijalankan didapati projek ini perlu dijalankan kerana  :


  1. Pemasangan sistem ini tidak memerlukan tempat yang luas.
  2. Memenuhi citarasa pengguna yang sentiasa inginkan pembaharuan dan keselesaan.
  3. Sistem ini tidak menggunakan tenaga elektrik dan ini dapat menjimatkan elektrik.

FAKTOR PEMILIHAN REKABENTUK

Rekabentuk merupakan aktiviti-aktiviti yang perlu dihadapi dalam sebarang penghasilan sesuatu projek dimana pelbagai jenis faktor pelru diambil kira dan dipertimbangkan.  Faktor-faktor berikut telah diambil kira bagi mencapai objektif utama rekabentuk :

a)    Rekabentuk ringkas, mudah dan senang dikendalikan.
b)    Perbelanjaan atau kos pengeluaran dapat dikurangkan.
c)    Rekabentuk yang dihasilkan dapat memberikan perlindungan yang maksima kepada ampaian automatik.
d)    Rekabentuk yang dihasilkan juga dapat memberikan keselesaan dan kemudahan yang maksima kepada pengguna.

e)    Faktor yang berkaitan dengan bahan kekuatan, kerapuhan, keanjalan.

KONSEP AMPAIAN AUTOMATIK

Dalam rekabentuk produk kami ini, kami menggunakan konsep mengesan (detect).  Dimana produk kami ini telah diletakkan dengan sistem pengesan air hujan (rain detector).  Apabila air hujan mulai turun dan terkena pada sensor pad yang telah diletakkan pada ampaian tersebut, maka litar akan berfungsi dan mengerakkan tempat menyidai pakaian masuk ke dalam (reverse). Apabila rod yang dipasang terkena limit switch di relay satu maka ampaian tersebut akan berhenti bergerak. Push button hendaklah ditekan apabila ingin mengeluarkan balik tempat menyidai pakaian (forward). Apabila rod yang dipasang terkena limit switch di relay dua maka ampaian tersebut akan berhenti bergerak.

BATASAN KERJA / SKOP

Bagi memastikan objektif ini tercapai, beberapa pengkhususan telah dilaksanakan.  Berikut ialah batasan atau skop kerja bagi projek kami :


·         Projek kami hanya boleh dilekatkan pada dinding rumah yang bersesuaian.
·         Hanya boleh menampung berat lima kilogram untuk dua kaki dan sepuluh kilogram untuk empat kaki.
·         Mesti dilekatkan pada kawasan yang separuh berbumbung, supaya sensor pad dapat mengesan air hujan.



Di akhir projek ini, kami dapatlah melaksanakan satu produk yang boleh diguna pakai kepada orang ramai dalam mengatasi masalah menjemur pakaian ketika mereka tidak berada di rumah dan sibuk bekerja.

OBJEKTIF

Objektif kepada projek ampaian automatik kami ini ialah :

·         Merekabentuk satu model ampaian automatik dengan meletakkan rain detector. 
Dengan rekaan produk kami ini, pengguna tidak perlu bersusah payah mengalihkan ampaian apabila turunnya hujan kerana terdapatnya peranti pengesan hujan.

·         Menjimatkan ruang rumah.

Ampaian automatik yang kami buat ini juga dapat menjimatkan ruang untuk menyidai pakaian, dimana ampaian automtik ini dilekatkan pada dinding, ini dapat mengurangkan penggunaan ruang di rumah.

GAMBAR PROSES MEMBUAT AMPAIAN AUTOMATIK




 proses mendrill

proses mendrill

pandangan sisi

pandangan hadapan

pandangan atas

 pandangan belakang

litar skematik 

VIDEO


video hasil daripada projek ampaian automatik kami.
selamat menonton . . . ! ! !

DRAWING

DETAIL DRAWING













EXPLODED DRAWING


ASSEMBLY DRAWING




GANTT CHART